Saturday, May 2, 2009

hari penyampaian secara lisan untuk projek tahun akhir 2

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah sekalian alam....
Esok merupakan hari terakhir proses pengajian saya di UTP...
Saya akan meninggalkan alam kampus tidak lama lagi...
Sempena hari penyampaian secara lisan untuk projek tahun akhir 2 esok,perasaan saya bercampur aduk sama ada perlu merasa sayu atau menyambutnya dengan gembira.Tapi apa yang pasti proses pembelajaran adalah mekanisme seumur hidup kita dan tidak kira dimana kita berada atau pada peringkat usia apapun,proses itu tetap berjalan selagi roh berada di dalam jasad.Di kesampatan ini,eloklah saya sertakan doa yang masyhur di kalangan kita terutama ketika memulakan ucapan.Semoga saya dapat menyampaikan isi kandungan projek tahun akhir 2 saya dengan tenang dan lancar.InsyaAllah~

anggota badan sebagai saksi 2

Apabila di tanya di kalangan kita,surah manakah yang menjadi majoriti di hati kita.sudah pasti yasin adalah antara surah yang paling kerap dibaca.Sedar atau tidak adakah kita sekadar membaca tanpa memahami maksud yang tersirat daripadanya?Marilah sama-sama kita hayati sepotong ayat daripada surah yassin.Insyaallah,semoga pembelajaran sepotong demi sepotong membolehkan kita mengusainya secara keseluruhannya.Bab kata pepatah sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain.